Sabtu, 20 Januari 2018

POSITIF! Duphaston(dydrogesterone) boleh menjadi punca penyakit jantung pada bayi yang baru lahir?


Bismillah,

Duphaston keluaran gergasi farmaseutikal Pfizer adalah jenama yang popular dikalangan klinik dan hospital di Malaysia.Lazimnya pakar akan memberikan dos duphaston ini dalam pelbagai situasi seperti dalam kes-kes ancaman keguguran(threatened abortion) atau bagi sesetengah wanita hamil pula diberikan bagi tujuan “menguatkan rahim”.

Satu kajian yang pernah dijalankan oleh Universiti Mainz,Germany telah melaporkan bahawa data terkumpul antara tahun 1977 hingga 2005 telah menemukan 28 kes hubungan yang berpotensi antara penggunaan dydrogesterone oleh ibu semasa mengandung dan congenital heart disease(CHD).

Congenital heart disease (CHD) adalah kecacatan jantung, aorta, atau saluran darah besar lain yang merupakan bentuk kecacatan kelahiran terbanyak dan yang paling kerap berlaku pada bayi baru lahir.

Di Malaysia,satu kajian pernah diterbitkan pada 2009 dijalankan oleh pakar dari department O & G,hospital Seberang Prai di Pulau pinang .Kajian tersebut yang bertajuk “Dydrogesterone in threatened miscarriage: a Malaysian experience”.

Pakar telah melaporkan duphaston apabila diberikan antara 16-20 minggu berkesan membantu kurangkan kadar ancaman keguguran (threatened abortion) dikalangan 191 wanita hamil.

Begitu juga terdapat beberapa kajian-kajian lain oleh penyokong-penyokong duphaston yang mengiyakan pil magik ini sebagai berkesan dalam pengurusan ancaman keguguran (threatened abortion)bagi wanita hamil lebih-lebih lagi jika diberikan dalam dos tertentu dan diambil secara berterusan sehingga minggu ke 20 kehamilan.

Kajian-kajian sebegini sudah tentu mengembirakan gergasi pharma seperti Pfizer yang tentu sekali juga mengalu-alukan pendapatan lumayan berbilion dolar ditahun-tahun kewangan akan datang.

Maklum sahaja Pfizer juga perlu membayar berbilion dolar hasil dari banyak kes-kes ubatan keluaran mereka yang disaman dan perlu diselesaikan diluar mahkamah Amerika Syarikat.

Namun tetapi selicik-licik Pfizer tersentak jua akhirnya apabila satu kajian yang lebih besar dan menyeluruh telah dijalankan oleh pakar-pakar dari gabungan 4 klinik/hospital dan diterbitkan dalam jurnal pada tahun 2015.Kajian ini bertajuk :

Kesan pengambilan dydrogesterone pada perkembangan jantung janin semasa diawal kehamilan.

Pakar-pakar yang terlibat adalah dari:

1)Jabatan Pediatrik Kardiologi, Hospital Universiti Ghent, De Pintelaan 185, 9000, Ghent, Belgium.

2)Department Pediatrik Kardiologi, Al Rantisi Hospital Pediatrik Abd Al Aziz Pakar, Gaza, Palestin.

3)Department Kesihatan Awam, Universiti Al Quds, Gaza, Palestin.

4)Imperial Penjagaan Kesihatan Imperial Trust, London, England.

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan sama ada dydrogesterone yang diberi untuk ibu di awal kehamilan ada kaitan dengan penyakit jantung kongenital pada bayi.

Dengan itu,penyelidik telah menjalankan satu kajian kes kawalan retrospektif kecacatan kelahiran dan faktor-faktor risiko yang berkaitan.

Data diperolehi dan dibandingkan antara 202 kanak-kanak yang dilahirkan dengan penyakit jantung kongenital dan kumpulan kawalan yang terdiri daripada 200 kanak-kanak. Semua kanak-kanak ini telah dilahirkan dalam tempoh tahun 2010-2013.

Pendedahan kepada Dydrogesterone ditakrifkan sebagai setiap penggunaan yang dilaporkan semasa trimester pertama kehamilan. Kriteria yang dikecualikan termasuk kelahiran mati, kanak-kanak dengan kelainan kromosom dan bayi ibu-ibu yang mempunyai penyakit kronik, contohnya, kencing manis.

Pengunaan Binary logistic regression analyses telah digunakan untuk menganalisis data dan mengenal pasti hubungan antara pendedahan kepada ubatan dan penyakit jantung kongenital.

Keputusan mendapati,Ibu kanak-kanak yang dilahirkan dengan penyakit jantung kongenital menerima dydrogesterone semasa trimester pertama kehamilan berbanding ibu kepada kanak-kanak dalam kumpulan kawalan.

Akhirnya,penyelidik sepakat melaporkan bahawa mereka telah mengenal pasti kaitan yang POSITIF antara penggunaan dydrogesterone semasa awal kehamilan dan penyakit jantung kongenital.

Semoga Bermanfaat

Sumber:

The Impact of Oral Intake of Dydrogesterone on Fetal Heart Development During Early Pregnancy.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25972284

Dydrogesterone use during pregnancy: overview of birth defects reported since 1977.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19193503

Dydrogesterone in threatened miscarriage: a Malaysian experience.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20005647

Sabtu, 2 Disember 2017

NAC (N-acetyl cysteine) Vs Pil Hormon Untuk kecutkan Endometrioma (Cysts ovari)- siapakah pemenang?

Bismillah,

Benar kah semua endometrioma (cyst ovari) pesakit endometriosis HANYA perlu dibedah?

Kajian berikut yang dijalankan oleh saintis dari Itali berpendapat sebaliknya,sila ikuti petikan dari kajian yang telah dijalankan baru-baru ini.

Kajian yang dijalankan keatas 92  peserta wanita endometriosis dengan endometrioma (cyst ovari).Mereka telah dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Satu kumpulan menerima terapi pil hormon dan kumpulan lain pula mengambil 600mg NAC tiga kali sehari selama tiga hari berturut-turut selama 3 bulan

MOMENT OF TRUTH…..

Hasilnya agak mengkagumkan dimana wanita yang dirawat dengan NAC telah berjaya mengurangkan diameter endometrioma cysts ovari sebanyak 8.2mm secara purata. 
Sementara wanita yang mengambil pil hormon selama 4 bulan hanya menyaksikan pengurangan diameter 1.6mm sahaja

Penyelidik membuat kesimpulan bahawa NAC berkesan merawat endometrioma(cysts) ovari.Dari segi pengurangan saiz cysts pula mereka juga mendapati NAC lebih berkesan daripada rawatan terapi hormon.

Malahan NAC didapati membantu mengembalikan kesuburan pesakit endometriosis dan ini dilakukan tanpa kesan sampingan yang tidak diingini.

Sumber:

A Promise in the Treatment of Endometriosis: An Observational Cohort Study on Ovarian Endometrioma Reduction by N-Acetylcysteine

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3662115/

Sabtu, 11 November 2017

Makanan Dalam Diet Yang Baik Dan Membantu Bagi Pesakit Endometriosis

Bismillah,

Penyakit endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa.Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan saban hari semakin ramai wanita yang menghidapinya.

Di antara masalah yang ditimbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan ,infertiliti dan keguguran yang mungkin berulang kali.Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah lain seperti pendarahan, gangguan pada salur kencing, kesakitan yang teruk dan lain-lain.  

Walaupun punca endometriosis masih tidak diketahui namun beberapa kajian mendapati dengan cara mengubah gaya hidup dan mengamalkan diet yang sihat membantu mengurangkan gejala dengan ketara dikalangan wanita endometriosis.

Kajian tersebut mendapati mengamalkan sayur-sayuran hijau ,buah-buahan segar serta makanan yang anti inflamasi sepert berikut sangat membantu:-

Sayur saderi,brokoli,buah nenas,minyak kelapa dara,chia seed,flaxseed,kunyit ,halia dan lain-lain.
Makanan yang kaya dengan magnesium juga membantu melegakan rahim dan mengurangkan kesakitan. Ini termasuk biji labu, biji bunga matahari, kacang hitam, badam, pisang, dan bayam.

Sementara makanan yang kaya dengan zat besi juga penting dan membantu menokok semula kehilangan zat besi dalam tubuh hasil daripada pendarahan yang berlebihan.

Sesetengah makanan yang mengandungi tinggi zat besi termasuk hati, daging lembu, bayam, kuning telur dan buah prun.

Selain itu, mengurangkan keradangan juga melegakan sakit sendi dan otot, dan mengawal pengeluaran hormon dengan makanan tambahan yang mengandungi omega-3 seperti flaxseeds, chiaseed, ikan salmon,tuna, sardin, ikan bilis dan ikan kembung didalam diet sangat membantu.

Jika kerap mengalami sembelit yang merupakan sebahagian dari gejala endometriosis.Pengambilan makanan yang tinggi serat seperti  sayur-sayuran, beras perang, buah prun, kelapa, buah ara, kacang, bendi dan sengkuang membantu mengurangkan sembelit.

Semoga Bermanfaat

Isnin, 16 Oktober 2017

EGCG Kecutkan FIBROID Tanpa Pembedahan Yang Menyakitkan

Ramai wanita apabila mengalami pendarahan yang banyak,haid yang berpanjangan,kesakitan pada pelvik serta sakit belakang pergi menemui klinik pakar untuk melakukan pemeriksaan.Namun majoriti daripada mereka akan membawa pulang berita duka bahawa mereka didapati ada tumor jenis fibroid atau leiomyoma.

Walaupun fibroid lazimnya tidak akan berubah menjadi kanser namun fibroid boleh menyebabkan banyak masalah lain seperti kesakitan yang akut dan kronik pada pelvis, pendarahan faraj yang berlebihan, anemia, ketidaksuburan, keguguran, dan rasa sakit semasa bersama suami.

Kajian mendapati fibroid hanya akan bertambah baik setelah seseorang wanita itu putus haid atau menopos namun sementara menunggu sa’at menopos kesengsaraan hidup dengan fibroid memang sangat mendukacitakan.Kalau lah ada pil magik yang boleh diambil untuk meredakan kesakitan dan mengecutkanya..mahu sahaja diambil tanpa berfikir panjang.

Malangnya, tidak ada rawatan perubatan yang berkesan yang ujud sehingga hari ini.Ramai pakar ginekologi hanya melakukan uterine ablation (pembuangan lapisan rahim) untuk mengurangkan masalah ini 

Namun tetapi prosedur ini tidak membawa hasil yang memberangsangkan tidak berbaloi kesakitan yang ditanggung semasa pembedahan hanya mendapat kelegaan yang bersifat sementara kerana fibroid akan tumbuh semula selang beberapa bulan kemudian.

Dr.Marc S. Micozzi, M.D. , Ph.D,editor jurnal complimentary and alternative medicine,berkata “ramai doktor masih mengambil jalan pintas untuk membuang rahim (histerektomi)”.

“Persoalannya?…adakah masih relevan prosedur yang menyakitkan ini apabila terdapat rawatan alternatif yang lebih selamat,semula jadi, dan berkesan dengan ketara boleh membantu.?”jelasnya lagi.

Soalanya,adakah alternatif lain selain pembedahan?

Jom kita lihat hasil kajian dari rawatan alternatif yang diperkatakan oleh Dr Marc tadi.
Satu kajian bersais  besar membandingkan tahap vitamin D pada wanita yang menghidap fibroid mendapati bahawa wanita yang mempunyai tahap vitamin D 20 ng / mL keatas mempunyai kadar satu pertiga lebih rendah ketumbuhan fibroid. 

Selain itu, penyelidik mendapati bahawa wanita yang terdedah kepada cahaya matahari untuk satu jam sehari mempunyai pengurangan 40 peratus dalam kadar ketumbuhan fibroid.

Bagi mereka yang mempunyai tumor fibroid, pastikan untuk menghabiskan lebih banyak masa dibawah sinaran matahari namun jika masih sukar untuk dilakukan pastikan mengambil suplimen vitamin D3 yang mencukupi.Dos yang disyorkan adalah dari 3000iu-5000iu sehari.

Dos ini pasti akan membantu mengurangkan gejala fibroid dan ianya juga akan membantu melindungi penyakit lain yang boleh memudaratkan seperti osteoporosis, multiple sclerosis, kencing manis, tekanan darah tinggi, dan kanser.

Selain vitamin D3, setiap wanita yang menghidap tumor fibroid perlu minum 10 cawan atau lebih teh hijau setiap hari atau mengambil suplimen EGCG (estrak teh hijau).

Terdapat banyak kajian mendapati bahawa teh hijau membantu mengawal sistem imun dan bertindak sebagai antioksida. Antara sebab mengapa teh hijau berupaya memberi perlindungan terhadap kanser.

Bukti yang lebih meyakinkan lagi apabila penyelidik dari Mesir menjalankan kajian keatas wanita berusia 19 tahun keatas yang mempunyai sekurang-kurangnya dari fibroid yang sederhana hingga yang besar.

Pada peringkat awal , peserta wanita ini menjalani kajian ultrasound untuk menilai bilangan dan sais tumor mereka. Kemudian, penyelidik secara rawak membahagikan mereka kepada dua kumpulan. 

Kumpulan pertama mengambil 800 mg estrak the hijau setiap hari selama empat bulan. Ekstrak the hijau ini mengandungi 45 peratus epigallocatechin gallate (EGCG), bahan aktif dalam teh hijau sementara kumpulan yang kedua mengambil plasebo setiap hari selama empat bulan.

Selepas 4 bulan, penyelidik telah melakukan ultrasound lain sekali lagi. 

Keputusanya sungguh menakjubkan!

Wanita dalam kumpulan estrak teh hijau mengurangkan saiz fibroid secara purata sebanyak 32.6 peratus sementara kumpulan plasebo meningkat dalam saiz secara purata sebanyak 24.2 peratus.

Kumpulan wanita yang diberikan estrak teh hijau wanita juga mengalami peningkatan yang ketara dalam corak pendarahan haid mereka. Purata kehilangan darah mereka menurun dan terdapat peningkatan bilangan sel darah merah. 

Para penyelidik melaporkan bahawa terdapat hasil yang memberangsangkan dalam dua perkara.

1) Mereka mendapati EGCG menghalang percambahan sel tumor. Dalam erti kata lain, ia menghentikan penyebaran sel-sel tumor. 

2) EGCG mendorong "apoptosis" (kematian sel ) dalam tumor Ini bermakna ianya menyebabkan sel-sel tumor untuk mati dengan sendiri.

Maka dengan keputusan ini,menjelaskan mengapa estrak teh hijau melindungi daripada kanser adalah kerana ianya berupaya menghentikan penyebaran dan pertumbuhan sel-sel kanser.

Dalam kajian tersebut , peserta mengambil suplimen 800 mg ekstrak teh hijau yang mengandungi 45 peratus EGCG untuk mengurangkan fibroid mereka.

Jadi bagaimana cara untuk mengamalkan kedua-dua bahan yang dalam kajian ini?

Jika mahu anda boleh sahaja berjemur selama 1 jam setiap hari dan amalkan minum 10 cawan atau lebih teh hijau setiap hari bagi membantu mengecutkan sais fibroid .

Ini disebabkan setiap cawan hanya mengandungi purata 25-60mg EGCG yang diperlukan bagi mengecutkan sais fibroid dan elak kanser persis dalam kajian.

Atau mengambil jalan yang lebih mudah iaitu amalkan 1 biji 5000iu vitamin D3 dan 2-3 biji 350mg suplimen EGCG setiap hari.

Hakikatnya,suplimen seperti Vitamin D3 dan EGCG agak sukar didapati di Malaysia,jika ada sekalipun selalunya mengguna bahan yang subhah atau meragukan dari sudut halal.Namun bagi mereka yang mahu mendapatkan EGCG & Vit D3 dai kapsul halal,saya cadangkan supaya dapatkan dari admin group hamil cara natural di Facebook atau KLIK SINI 


Sumber rujukan:

1. American Journal of Obstetrics & Gynecology Feb 2013; 208: 137 e 131-113.
2. Epidemiology 2013; 24: 447-453.
3. The Boston Women’s Health Book Collective. Our Bodies, Ourselves: A New Edition For A New Era. New York: Touchstone, 2005.
4. “Treatment of symptomatic uterine fibroids with green tea extract: a pilot randomized controlled clinical study,” Int J Womens Health 2013; 5: 477–486.

Khamis, 5 Oktober 2017

Bahaya Triclosan Dalam Kosmetik,Ubat Gigi dan Sabun anti-bakteria

Bismillah,

Baru-baru ini akhbar Metro Harian bertarikh 4 oktober 2017 telah menyiarkan berita tentang bahan kimia yang banyak diguna sebagai anti-kulat,anti bakteria dalam kebanyakkan produk kosmetik,ubat gigi dan sabun.

Kisah ini sebenarnya cerita yang dah lama tetapi masih ramai pengguna yang tidak perihatin khususnya di Malaysia masih tidak menyedari bahawa mereka sedang membelanjakan wang ringgit hanya untuk mendapatkan sesuatu yang sangat membahayakan diri mereka dan keluarga.

Kami telah menulis artikel ini sejak beberapa tahun lalu dan harapan kami semoga dengan tersiarnya berita gempak ini di akhbar akan memberikan kesedaran yang hakiki buat pengguna di Malaysia khasnya.

Tentang Triclosan

Triclosan (2,4,4'-Trichloro-2'-hydroxy phenyl eter) adalah sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang telah digunakan meluas di Malaysia sejak puluhan tahun lalu. Ia juga merupakan "endocrine disruptor" yang kuat dan karsinogen(antara punca kanser) yang diketahui.

Triclosan adalah salah satu bahan kimia yang boleh membawa lebih banyak keburukkan dari kemanfaatan dan hasil tidak berguna bahan kimia ini hanya boleh membawa “malapetaka besar” kepada pengguna.

Kesatuan Eropah telah memilih untuk mengharamkan penggunaan triclosan pada tahun 2010,begitu juga Minnesota sebuah negeri di amerika syarikat sejak beberapa tahun lalu.
Berita Triclosan diharamkan di EU

http://www.deccanchronicle.com/…/european-union-bans-triclo…

Di Malaysia pula lambakan produk mengandungi triclosan yang di impot dari amerika syarikat dan yang dihasilkan oleh pengusaha kosmetik tempatan masih boleh “tersenyum” mengira keuntungan RM hasil dari penderitaan orang lain.

Berikut adalah link kepada beberapa kajian tambahan yang tentu sekali boleh membuatkan pengguna berfikir 1000 kali sebelum membeli produk yang mengandungi triclosan.

Triclosan dan bisphenol A mengubah fisiologi endometrium manusia dan menjejaskan kesuburan serta kehamilan
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/26604029

Pendedahan manusia kepada kimia penganggu endokrin dan kesuburan: Satu kajian kes-kawalan pada pesakit lelaki.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/26292060

Semoga Bermanfaat

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑