Rabu, 18 Disember 2013

Anak Kecil Keputihan - Apa Harus Anda Lakukan

gif
Bismillah,

Baru-baru ini saya mendapat soalan yang saya kira unik juga dari seorang wanita yang memohon supaya saya membantu meleraikan kekusutannya memikirkan masalah yang dialami oleh anak kecilnya.Anak perempuan wanita tersebut baru berusia 4 tahun dan didapati mengalami keputihan seperti juga orang dewasa apabila terdapat cecair kekuningan yang melekat di seluar dalamnya.

Idea untuk menulis tajuk artikel ini juga bertepatan sekali dengan peristiwa tersebut dan semoga ianya dapat membantu ramai lagi golongan ibu-ibu atau bakal ibu untuk memahami keadaan ini seandainya ianya berlaku kepada anak perempuan sendiri ye..yang paling utama sekali saya nasihatkan supaya jangan panik,cuba hadamkan ‘content’ yang akan saya tuliskan dalam artikel ini,InsyaaAllah dapat membantu.

Masalah anak tadi juga sering berlaku pada kanak-kanak lain yang belum baligh tetapi tidak ramai ibubapa yang membawa anak mereka untuk mendapatkan nasihat atau rawatan.Lazimnya,keluar cecair berwarna kuning juga disertai dengan kulit dibibir faraj kemerahan dan gatal.

Antara punca masalah ini mudah berlaku pada kanak-kanak ialah:-

Faktor pertama adalah penjagaan kebersihan dibahagian kemaluan.Kanak-kanak perlu dididik sedari kecil lagi tentang cara yang betul mencuci kemaluan selepas ketandas.Cara yang betul dan perlu dipraktikan juga untuk orang dewasa ialan dengan mencuci kemaluan dari depan ke belakang dan bukan sebaliknya.Dengan cara ini dapat mengelakkan najis dari dipalit masuk kedalam faraj atau pundi kencing.Mengeringkan kawasan kemaluan selepas mencuci dengan tuala lembut dan sebaik-baiknya dielakan pengunaan sabun yang mengandungi haruman.

Jika perlu mengguna pencuci sekalipun pastikan ianya ada pH3.8 – 4.2 yang diperakui pakar seluruh dunia bagi kegunaan kawasan intim.Untuk seluar dalam pula bagi kanak-kanak yang kerap mengalami alahan atau kegatalan,cuba belikan seluar dalam dari jenis kapas/cotton dan sebaik-baiknya jangan dipakaikan seluar yang terlalu ketat bagi mengelak dari berpeluh dan lembab dikawasan tersebut ye….

Faktor kedua kemungkinan kanak-kanak mengeluarkan cecair kekuningan boleh berpunca dari jangkitan kuman yang selalunya banyak dan disertai oleh bau.Sebagai contoh,kandida boleh menyebabkan seseorang mengalami pengeluaran discaj yang berketul dan gatal. Tetapi bagi kanak-kanak, ianya amat jarang berlaku. Kuman –kuman lain juga boleh menjangkiti kanak-kanak dan ini memerlukan ujian bagi mengdiagnosis keadaan sebenar.

Selain itu,cacing kerawit,benda asing seperti pasir boleh termasuk kedalam kemaluan kanak-kanak semasa bermain-main juga boleh menyebabkan masalah ini.

Dalam banyak kes kanak-kanak yang dibawa oleh Ibubapa mereka keklinik didapati bukan semua berpunca dari kuman tetapi kebanyakkanya disebabkan oleh kekurangan hormon estrogen.Perlu difahami,terdapat dua peringkat umur dimana seseorang itu akan mengalami kekurangan hormon estrogen iaitu semasa zaman kanak-kanak dan menopos.

Akibatnya kemaluan akan menjadi kering dan lapisan dinding menjadi nipis,sedikit sahaja jangkitan kuman akan menyebabkan cecair kuning dan kadangkala pendarahan. Ibu-Ibu tidak perlu panik atau khuatir disebabkan perkara ini hanya bersifat sementara ye…

Semoga Bermanfaat

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑