Selasa, 18 Februari 2014

Kajian Mendapati Kaitan Kanser Serviks Dan Keputihan

gif
Bismillah, 

Dalam kesibukkan memenuhi jadual harian yang ketat,saya sempat juga meluangkan masa untuk menulis artikel ini atas dasar kesedaran yang tinggi terhadap akibat buruk yang dibawa oleh kanser serviks kepada wanita dan keluarga mereka.Semoga tulisan ini bermanfaat dan dapat memberi kesedaran kepada wanita akan keputihan yang selalu dikatakan biasa kini benar-benar telah menjadi LUARBISA dengan adanya fakta-fakta kajian sains yang lengkap.Mudah-mudahan tulisan kali ini dapat memberi impak kesedaran yang lebih besar kepada wanita yang masih beranggapan sedemikian.

Bacterial vaginosis (BV)
 
Keputihan BV adalah singkatan kepada bacterial vaginosis iaitu suatu keadaan polimikrob yang disebabkan oleh pertumbuhan atau peningkatan bilangan mikroorganisma komensal anaerobik melebihi bilangan laktobasillus di dalam vagina iaitu mikroorganisma seperti Gardnerella vaginalis, Mobilincus, Mycoplasma hominis, Ureaplasma urealyticum dan Prevotella (Muli & Struthers 1998).

Istilah vaginosis bakteria (BV) diguna untuk menunjukkan perubahan pada keadaan polimikrob di dalam flora vagina yang mana didapati adanya peningkatan pH vagina, kadangkala juga dikaitkan dengan discaj yang homogenus tetapi tanpa menunjukkan keadaan inflamasi (Gusie et al. 2002).

Kajian kaitan BV dan HPV


Satu kajian yang telah disiarkan oleh Journal Acta Obstetricia et Gynocologica Scandinavia yang berpengkalan di Negara Sweden mendapati BV meningkatkan cervical intraepithelial neoplasia (CIN),iaitu satu keadaan dimana berlakunya sel abnormal yang membawa kepada kanser Serviks.

Dr. Jens Platz-Christensen dan rakan – rakan dari Sahlgrenska University Hospital di Goteborg, Sweden melaporkan ,dari 6,150 sampel lumuran pap yang diambil mendapati sel abnormal berlaku lebih tinggi dikalangan mereka yang dijangkiti BV.Kaitan BV yang dikatakan boleh menghasilkan nitrosamines adalah penyumbang utama kepada kuman HPV yang memicu kepada kanser serviks.

BV dan Wanita Hamil
 Dalam kajian vaginosis bakteria oleh Aliya Islam et al. (2009), mereka menerangkan secara terperinci tentang kajian mereka menilai kekerapan jangkitan bakteria di kalangan wanita “preterm labour” (PTL) yang mana ia menunjukkan kaitan yang rapat dengan jangkitan bakteria. Akibat jangkitan bakteria pada wanita-wanita ini, ia telah menimbulkan komplikasi ke atas kelahiran bayi seperti penurunan berat badan pada bayi.

Keadaan-keadaan lain yang berkaitan dengan BV adalah seperti endometritis pos-abortus, penyakit inflamasi pelvik, pemusnahan awal membran, korioamnionitis, endometritis postpartum, kelahiran pra- terma dan sepsis neonatal (O’Brien 2005).

Kehadiran keadaan BV juga meningkatkan risiko infeksi selepas pembedahan ginekologi dan risiko pemindahan jangkitan HIV kepada wanita yang mengalami BV adalah lebih tinggi (Larsson et al. 2005).

Sekali lagi saya tuliskan simtom yang perlu diawasi


Wanita yang mengalami vaginosis bakteria akan menunjukkan simptom seperti discaj homogenus yang nipis berwarna putih kelabu yang didapati pada dinding vagina (Secor 2001).

Keadaan seperti pruritis vulva dan iritasi biasanya tidak berlaku tetapi tidak mustahil ianya boleh berlaku.Selain itu ciri-ciri seperti bau hanyir hasil daripada tindak balas metabolik bakteria anaerobik adalah didapati lebih ketara selepas pesakit mengalami haid dan selepas melakukan hubungan seks disebabkan pH alkali darah dan semen (American College of Obstetrics and Gynecology 1996).

Kesimpulan


Jangkitan BV adalah jangkitan yang kerap berlaku di kalangan wanita yang tidak mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang sempurna.Apabila jangkitan tidak dikawal akan memberikan masalah kesihatan yang serius terutamanya pada wanita hamil.

Nasihat saya sekali lagi dan saya tidak akan jemu menyebutnya berulang-ulang kali.Rule no 1 ialah buangkan persepsi BIASA tentang keputihan ini.Rule no 2,pastikan penjagaan bahagian intim yang sempurna dengan pengunaan bahan yang sesuai dan pH yang betul.Rule ke 3 .lakukan papsmear secara berkala dan pastikan tuala wanita yang digunakan adalah dari bahan-bahan yang diperakui tidak mendatangkan kemudaratan kepada flora bakteria didalam tubuh.


Semoga Bermanfaat

FEMININE WASH PILIHAN KAMI

Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 

Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila Whatsapp (klik sini) 0163900266

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum , doktor . saya ingin bertanya apakah akan berlaku jika sll memercik air ke faraj dan air masuk ke faraj ? harap dpt membalas

Pro Natural berkata...

Wa'alaykumsalam,
Perbuatan adik ini akan menganggu flora bakteria didalam faraj dan mengakibatkan pH tidak seimbang dan mudah bagi mikroorganisma keputihan menyerang.

Tanpa Nama berkata...

Sy nk tnye..antara pad yg sesuai yg digunakan yg mne satu yer??? Contohnyer...lau pad yang jenis herba..bagus atau tdk

Pro Natural berkata...

Pad yang ideal dan selamat ialah yang tidak mengamdungi bauan atau non scented namun kebanyakkan pad yang ada bauan (scented) dan pad herba banyak dijual dipasaran sedangkan kajian mendapati ianya merubah pH didalam faraj dan menyebabkan ketidakseimbangan flora bakteria.Berhati-hati memilih pad yg sesuai ya supaya tidak menyesal dibelakang hari

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑