Rabu, 12 Februari 2014

Keputihan Remaja Perkara Biasa Atau Luarbiasa?

gif
Bismillah,

Kesinambungan dari artikel yang pernah saya tulis pada bulan july 2012 bertajuk dilema keputihan dikalangan gadis remaja.Berita baiknya,semejak itu semakin ramai remaja mula tampil untuk meluahkan masalah yang pernah dirahsiakan sejak sekian lama.

Apa yang agak membimbangkan saya adalah masa yang diambil untuk tampil bertanyakan masalah ini agak lama,just imagine ada seorang gadis berusia 21 tahun dan bakal melangsungkan perkahwinan hanya beberapa bulan lagi menceritakan pada saya tentang masalah yang dialami sejak berusia 13 tahun lagi.Kini setelah 8 tahun dan bakal berkahwin,baru mula mencari penyelesaian kepada masalah keputihan yang telah ditanggung sekian lama.Apa yang saya tuliskan dalam artikel pada 2012 benar-benar menjadi kenyataan kerana keputihan yang selalu dianggap biasa kini telah bertukar menjadi luarbiasa.

Pengalaman saya mengatakan bahawa majoriti wanita di malaysia masih keliru tentang masalah jangkitan mikro organisma yang sering di label sebagai keputihan.Ada sesetengah menganggap ianya adalah fenomena biasa dan akan hilang dengan sendirinya.Anggapan sedemikian adalah tidak benar sama sekali.Fenomena ini akan menjadi luarbiasa apabila mencapai tahap yang disebut dalam bahasa perubatan sebagai “prolong infection” .Candidiaisis,bacterial vaginosis, PID,herpes,gonorrhoea,HPV,HIV,Salpingitis,semua ini bukan fenomena biasa tetapi sememangnya LUARBIASA.

Tidak kurang ramai yang masih beranggapan mikroorganisma keputihan ini mudah dihapuskan dengan memakan suplemen ,jamu, memasukkan bendasing kedalam faraj,pengunaan pembersih yang ada ‘fragrance’,pad herba,tuala wanita yang beraroma,sabun,gel mandian dan yang sealiran dengannya.Bukti-bukti yang didapati dari jurnal sains mendapati masalah ini hanya boleh dirawat dengan cara yang holistik iaitu melawan jangkitan,mengawal pH dan mengembalikan keseimbangan bakteria didalam tubuh.Tidak kurang ramai juga yang beranggapan rawatan antifungal atau antibiotik kurang berkesan dan soalan yang saya terima selalunya “kenapa keputihan saya berulang selepas seminggu?”

Jawapan ikhlas dari saya juga merupakan soalan,berapa lama agaknya keputihan tidak dirawat?1,2,3,4,5 tahun?Dah tu kalau dah tahu terlalu lama kenapa hendak pulih serta merta,tentu ianya akan mengambil masa.Sebenarnya dengan rawatan antifungal paling cepat seseorang itu sembuh dari jangkitan kulat candida sahaja pun mengambil masa 6 bulan sehingga 2 tahun.Itu pun bergantung kepada penjagaan dari bahan –bahan yang saya sebutkan diatas dan penokokan bakteria baik.Bukan menjadi kehairanan lagi sebab ada juga kes-kes yang telah mencapai usia 20 tahun dan masih belum mendapat keseimbangan bakteria sepenuhnya.Keseimbangan hanya boleh diperolehi hanya dengan penjagaan dan dikuti dengan diet yang seimbang.

Apa yang saya khuatiri apabila dari remaja lagi tidak mendapat informasi yang betul dan masih berpegang pada persepsi yang songsang bakal meningkat dewasa kelak dan menjadi seperti segelintir wanita yang selalu suka berkata,"saya tiada masalah keputihan"akhirnya didiagnosis salpingitis atau ectopic pregnancy dan yang lebih malang lagi menghidap kanser serviks.Mereka kini sedang menangis mengenangkan nasib yang malang di atas ketidak perhatinan terhadap penjagaan yang betul.


Rasanya,telah banyak informasi tentang kesihatan dan penjagaan kesihatan wanita telah saya kongsikan walaupun dalam keadaan harian yang sentiasa sibuk.Ribuan soalan telah saya jawab sejak dari tahun 2008 lagi,namun saya tidak pernah jemu dan tidak akan berputus asa dari perjuangan ini.Pesanan saya sekali lagi betulkan persepsi,jaga kebersihan,jaga pH faraj kekalkan pH3.8-4.2,lebihkan diet berasaskan bakteria baik,mudah-mudahan usaha ini membantu menjauhkan penyalit kronik yang berputik dari hanya sekedar keputihan biasa. sahaja.

Semoga Bermanfaat 


Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑