Rabu, 28 Mei 2014

Kanser Servik - Perjalanan Menuju Sakratul Maut

gif
Bismillah,
Sekali lagi untuk tahun 2014,saya terpanggil untuk berkongsi maklumat penting dan terkini tentang kanser pangkal Rahim(kanser serviks) bagi memastikan kesinambungan artikel yang saya tuliskan sejak tahun 2011 dan saya tidak akan jemu memberi peringatan demi peringatan tentang bahayanya serta kesan penderitaan emosi yang bakal ditinggalkan terhadap keluarga yang disayangi.

Statistik terkini di Malaysia, dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.Lebih kurang 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik sementara 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan juga adalah disebabkan oleh kanser servik.

Jom kita mula ‘refresh’ balik apa yang telah kita ketahui tentang kanser servik!

Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.Disini lah mulanya penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.Di peringkat awal ianya berlaku di sekitar servik sahaja dan apabila diperingkat lewat ianya akan merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain seperti paru-paru melalui sistem aliran darah.

gif

Apakah penyebab sebenar kanser servik?

Para saintis masih mencuba untuk memahami mekanisma bagaimana beberapa faktor berperanan menyebabkan kanser servik dan sehingga artikel ini ditulis,punca sebenar masih belum diketahui.Namun tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini.Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah tergolong pada wanita yang berisiko tinggi: 

  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5 kali
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang penjagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
Sila rujuk terus kepada pakar sekiranya mengalami salah satu daripada gejala berikut: 
  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Kehadiran darah beku
  • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
  • Sakit semasa hubungan seksual
  • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
  • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah
Apa kah kanser serviks boleh dikesan?
Secara amnya,serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur antara 40 - 60 tahun.Namun tetapi ianya boleh dikesan awal seandainya wanita melakukan ujian rutin.Ini disebabkan dalam banyak kes,ianya mengambil masa yang lama untuk terjadi iaitu diantara 10 - 15 tahun.Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia'),Sel-sel luarbiasa ini hanya boleh dikesan melalui ujian pap smear.
Sekiranya keputusan ujian pap smear positif, pakar akan meneruskan dengan kaedah colposcopy dan sekiranya keputusan menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan : 
  • Full blood count
  • Liver function test
  • Renal profile
Keputusan rawatan akan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.Tindakan susulan dan rekomendasi rawatan akan disyorkan oleh pakar kepada pesakit dan biasanya hanya ada 3 jenis iaitu : 
  1. Pembedahan
  2. Radioterapi
  3. Kemoterapi
Dan akhir sekali, jika semuanya tidak berhasil atau segala usaha menemui jalan buntu,maka penghidap kanser serviks dan keluarga perlu menerima hakikat bahawa secanggih-canggih teknologi perubatan moden,masih gagal mencari penawar bagi kanser servik.Maka langkah terbaik adalah bersiap-sedia untuk menghadapi kematian,itupun jika Allah swt mengizinkan dan  telah menetapkan ajal sebegitu.Wallahu’alam
 

Semoga Bermanfaat

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑