Isnin, 29 September 2014

Jangkitan Yis Dari Keputihan Wanita Boleh Membawa Maut

Bismillah,

Sehingga artikel ini ditulis,saya rasa ramai wanita yang masih tidak berapa kisah dan beranggapan bahawa jangkitan yis sebagai perkara biasa dalam hidup mereka.Jangkitan yis atau ramai juga yang menyebutnya sebagai jangkitan kulat dan para ilmuan sains pula menamakannya sebagai candidiasis,pada suatu ketika dahulu dianggap biasa bukan sahaja dari kalangan pesakit wanita namun ramai juga para doktor di klinik atau hospital yang beranggapan yang sama.

Namun kini semua persepsi ini telah berubah,perkara yang selalu dianggap biasa kini telah benar-benar bertukar menjadi luarbiasa sepertimana yang saya suka tuliskan didalam banyak artikel terdahulu. Sudah acap kali saya menyebut tentang jangkitan kulat ini dalam artikel- artikel yang lalu,kali ini saya hanya akan fokuskan kepada pemahaman lebih mendalam tentang candidiasis untuk wanita dan penemuan terkini tentang bahaya kulat ini.

Secara ringkas,candida albicans ini ialah sejenis yis yang biasanya berada di usus , faraj dan kulit. Bagi individu yang sihat, kehadiran candida albicans dianggap sebahagian biasa flora di saluran usus.Dan selagi sistem imun tubuh kita sihat serta berfungsi dengan sempurna,pertumbuhan candida albicans akan dapat dikawal.

Lazimnya kehadiran bakteria baik seperti bifidobacteria bifidum dan Lactobacillus acidophilus di saluran usus memberikan mekanisma kawalan semula jadi dalam menghalang candida albicans dari pembiakan yang menjadi tidak terkawal.

Malangnya , persekitaran bakteria "mesra" ini selalunya dikompromi dengan pelanggaran “pantang” dari aspek penjagaan ditambah pula gangguan hormon ketika hamil,maka berlakulah ketidakseimbangan. Apabila ini berlaku,secara senyap sel-sel yis berpeluang untuk membiak dengan lebih pantas langsung mengambil peluang untuk menjangkiti organ-organ tubuh lain serta tisu.Katakunci disini adalah keseimbangan dan perkara ini telah saya sebut berulang-ulang kali.

Kajian yang banyak dilakukan mendapati,kelewatan merawat dan mengembalikan keseimbangan flora bakteria didalam tubuh, bakal memberi ruang kepada kulat membiak dan berupaya merosakan lapisan mukosa antara aliran darah dan saluran pencernaan.Kerosakan ini boleh memudahkan laluan toksin-toksin yang berbahaya ke dalam aliran darah. Sebaik sahaja masuk di dalam aliran darah, toksin-toksin ini bebas menjelajah keseluruh bahagian tubuh dan menghasilkan sejumlah gejala-gejala buruk dan seterusnya melemahkan sistem imun tubuh.

Menurut Dr. Kontoyiannis seorang profesor dari University of Texas,yang amalan klinikal dan penyelidikannya tertumpu pada diagnosis dan rawatan jangkitan kulat.Candida albicans terbukti menjadi penyebab utama kematian keatas individu yang didapati lemah sistem imun tubuh,lebih-lebih lagi bagi mereka yang menderita penyakit yang menjadikan sistem imun tubuh lemah seperti aids,hiv,kanser.diabetes dan sebagainya.Kulat candida kini menjadi ancaman yang serius kepada manusia,ibarat kata peribahasa melayu”kecil api menjadi kawan,besar ia menjadi lawan”.

Apabila saya ditanya ! Adakah jangkitan kulat boleh membunuh?


Jawapan ikhlas dari saya ialah BERKEMUNGKINAN BOLEH! YE... ,jangkitan kulat benar-benar berpotensi untuk membunuh.seandainya dibiarkan tanpa rawatan dan ia mula memasuki kedalam aliran darah.

Walaupun dahulu ianya disangkakan tidak merbahaya namun perkembangan setakat 2014, semakin bertambah ramai saintis yang semuanya bersetuju bahawa jangkitan kulat candida tidak dapat dielakan 100% buat ketika ini.Namun jika dibiarkan tanpa rawatan akan hanya membawa padah maut yang menanti.

Tindakan pantas apabila mula mengesan simtom keujudan kulat candida(boleh rujuk pada artikel lama) dan hanya dengan mengdiagnosis awal serta merawat untuk mengembalikan kesimbangan bakteria di dalam tubuh dapat membantu mengelakkan pembiakan tidak terkawal kulat candida.

Semoga Bermanfaat



FEMININE WASH PILIHAN KAMI

Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 

Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila Whatsapp Dr Herba

Khamis, 25 September 2014

Berita Gembira Buat Wanita Yang Susah Hamil

Bismillah,

STRES boleh menjadi punca seseorang wanita “tidak subur” dan ini telah dapat dibuktikan dalam beberapa siri penyelidikan yang di ketuai oleh Profesor Sarah Berga, dari Emory University, di Atlanta, Georgia.

Enam belas(16 ) orang wanita dalam lingkungan usia duapuluhan dan tigapuluhan dengan berat badan yang normal tetapi tidak haid selama enam(6) bulan telah menyertai penyelidikan yang dijalankan bagi mengenalpasti punca ketidaksuburan dikalangan wanita moden.

Penemuan mereka membuka satu lembaran baru dalam sejarah penyelidikan kesuburan wanita dimana mereka telah mendapat “satu kejutan” apabila dalam penelitian awal telah mendapati kesemua peserta mempunyai paras hormon kortisol yang tinggi didalam tubuh.Secara ringkas,hormon kortisol adalah hormon yang diyakini penyebab utama  berlakunya stres.

Wanita moden yang berkerja dalam suasana yang sibuk merupakan mereka yang paling tinggi menanggung risiko stres , dan lazimnya kebanyakan dari mereka menafikan tentang keujudan stres dalam diri mereka.Ramai didapati lebih gemar merahsiakan keadaan sebenar diri mereka sehingga sanggup menanggung derita dalam diam.

Seterusnya para penyelidik telah memilih lapan(8) wanita dari kumpulan ini untuk menjalani terapi kelakuan kognitif iaitu sejenis terapi dengan pendekatan psikoterapeutik yang berupaya membantu ramai pesakit fobia,murung atau kebimbangan sementara selebihnya pula tidak diberikan apa-apa rawatan.

Dua puluh minggu kemudian para penyelidik mendapati 80 peratus wanita yang menjalani terapi telah mula berovulasi malahan dua bulan kemudian dua daripada mereka telah berjaya hamil dibandingkan dengan hanya 25 peratus sahaja wanita yang tidak diberikan apa-apa rawatan.

Pengajaran yang dapat diperolehi dari kajian dan penyelidikan walaupun singkat namun sangat besar ertinya bagi kebanyakkan wanita dalam kategori ini. Pada mereka yang mengharapkan keajaiban setelah cubaan demi percubaan bermula dari sesingkat 3 bulan selepas bernikah hingga berbelas-belas tahun dalam penantian.Yang pasti masih ada lagi sisa harapan untuk wanita yang susah hamil selagi ingin berusaha bersungguh-sungguh.

Secara peribadi saya mendoakan semoga Allah swt memberikan kekuatan yang luarbiasa kepada pasangan-pasangan Islam yang telah lama menunggu saat dan ketika tangisan yang mengembirakan dari kurniaanNya, si comel yang bernama bayi.

Apa yang yang pasti adalah faktor cara hidup sebenarnya telah mempengaruhi kitaran haid dan secara tidak langsung kesuburan wanita.Maka apa yang terbaik dilakukan sebagai umat Islam adalah berdoa yang juga dituruti dengan usaha melenyapkan terus igauan stres ini jauh dari kehidupan di alam yang fana ini.

Semoga Bermanfaat

Bagi mereka yang berminat untuk merancang hamil cara natural dan selamat boleh join group kelolaan kami di FB  Hamil Cara Natural

Selasa, 23 September 2014

Gingko Biloba – Lebih baik simpan sahaja wang anda

Bismillah,
Saya perhatikan agak ramai juga dalam masyarakat Malaysia yang masih mengambil makanan tambahan  suplemen Ginkgo Biloba dengan harapan agar dapat "merangsang ingatan " atau mungkin mengelak dari penyakit dementia.

Human Psychopharmacology ,sebuah jurnal  penerbitan antarabangsa yang berkualiti dalam menerbitkan penyelidikan,uji kaji klinikal  untuk ubat-ubatan psychotropic ,telah menerbitkan hasil  uji kaji klinikal terhadap gingko biloba dan telah  melaporkan dalam keluaran November 2012

Sebelum itu maafkan saya seandainya berita ini mengecewakan ramai pihak namun suka atau tidak “ the truth is the truth” .Hasil dari kajian yang telah dilakukan mendapati gingko tidak memberi sedikit pun reaksi atau manfaat kepada  klaim yang selalu kita dengar dari penjual produk.Ini amat mengecewakan disebabkan ramai dikalangan masyarakat dunia yang telah mengantunkan harapan terakhir mereka kepada suplemen gingko, lebih-lebih lagi bagi ramai pesakit warga emas dan anak-anak mereka.

Dalam meta analisis gingko biloba sebagai penggalak kognitif  , penyelidik mendapati ginkgo tidak mempunyai kesan positif terhadap fungsi kognitif .Begitu juga dementia yang  didapati tidak berkesan dalam mengurangkan dementia dan juga alzheimer..

Kini teka teki gingko biloba telah terjawab setelah sekian lama ,namun jika masih ada yang ingin menggunakan ginkgo untuk meningkatkan keupayaan mental  atau menghalang dementia ,nasihat saya adalah lebih baik dijimatkan wang tersebut untuk perkara lain yang lebih mendesak. Yang pasti gingko biloba telah dibuktikan tidak berupaya meningkatkan keupayaan mental atau dementia cuma yang akan meningkat kelak  ialah akaun bank orang yang menjualnya.

Semoga Bermanfaat

Sabtu, 20 September 2014

Awas ! Kanser Kulit Menanti Orang Yang Berkulit Cerah

Bismillah,

Fakta yang ganjil tetapi benar,kajian mendapati kanser kulit kebanyakan berlaku kepada orang yang berkulit cerah dan jarang berlaku pada yang berkulit gelap atau hitam.Untuk menambah keunikan fakta ini,paling banyak berlaku kepada mereka yang berkulit cerah dan berasal dari negara yg berada di garisan khatulistiwa.Selain itu faktor genetik turut  menyumbang kepada peningkatan statistik kanser kulit diseluruh dunia.

Kanser kulit merupakan ketumbuhan pada kulit disebabkan oleh sel yang tidak normal. Terdapat pelbagai jenis kanser kulit yang berasal dari sel-sel lapisan kulit yang berlainan. Terdapat tiga jenis barah kulit yang utama iaitu, sel karcinoma basal, sel karcinoma skuamus dan yang paling bahaya hingga boleh membawa maut adalah  melanoma.

Bagi memudahkan pengunjung blog ini saya uploadkan gambar-gambar  yang mungkin dapat membantu mengenal pasti  antara tanda yang abnormal  supaya dapat membantu pengesanan awal yang mungkin boleh menyelamatkan jiwa.Apapun kaedah yang paling tepat untuk diagnosa kanser kulit ialah dengan gabungan simtom klinikal dan biopsy,namun pengesanan awal tetap sama penting ye….

Jenis  tahi lalat tidak membahayakan




Berbentuk simerikal dengan warna yang seragam,rata dan biasanya dalam sais yang  kecil.
Apa yang perlu diperhatikan- Biasa telah mula ada sejak dizaman kanak-kanak lagi namun perlu melakukan pemeriksaan rutin setiap bulan bagi memastikan perubahan seperti bertukar warna,bentuk,rasa  gatal,berubah sais atau pendarahan yang boleh dikategorikan sebagai simtom awal atau pra kanser.

Melanoma



Seakan-akan tahi lalat tetapi berbeza dari segi bentuk atau  asimetrikal,mengandungi  dua atau tiga warna seperti  perang,merah,putih atau biru yang menutupi sebahagian warna hitam.Melanoma boleh berlaku kepada tahi lalat yang sediada atau mungkin juga yang baru tumbuh.

Apa yang perlu diketahui -  Melanoma ialah kanser  kulit yang paling serius disebabkan ianya boleh merebak kepada bahagian tubuh lain.Walaubagaimanapun masih boleh diubati jika ianya dapat dikesan awal. 

Disebabkan melanoma tumbuh dan merebak dengan cepat kepada organ berdekatan seperti kelenjar limpa dan organ dalaman, pesakit perlu melalui proses staging dengan CT scan dan biopsi kelenjar limpa. Jika didapati kanser tidak merebak, ketumbuhan ini boleh dibedah dengan sepenuhnya .

 Keratosis aktinik

 


Seperti benjolan kecil, berkerak ,bersisik atau seperti  tompok yang berwarna sawo matang, merah samar, atau merah.Biasanya  mempunyai  tekstur yang kasar dan kadangkala terasa gatal.

Apa yang perlu diketahui-Keratosis aktinik adalah ketumbuhan-ketumbuhan prakanser yang biasanya tumbuh di wajah muka, bibir, telinga, kulit kepala, leher, lengan bawah , dan di belakang tangan.Lazimnya ia tidak bertukar menjadi kanser namun adalah lebih baik untuk membuangnya.

Sel Karsinoma basal



Warna kemerah-merahan adakalanya merah menyala serta berkilat atau seperti kudis yang berdarah,.Berpotensi untuk berlaku berulang-ulang kali.

Apa yang perlu diketahui - Tidak seperti melanoma,sel karsinoma basal  tidak tumbuh keatas tahi lalat yang telah sediada. Sebaliknya, ia terbentuk dari kulit yang rosak akibat sinar matahari dan UV. Basal cell carcinoma boleh dirawat dengan cara pembedahan dan tidak membahayakan atau mengancam nyawa.

Sel Karsinoma skuamus



Berbentuk tidak sekata, tebal, kasar mengerutu, seakan-akan kutil, terdapat bahagian yang merah bersisik  atau seperti kudis terbuka yang  berdarah.

Apa yang perlu diketahui- Sel karsinoma skuamus tidak tumbuh bersama tahi lalat yang telah sediada dan kerap tumbuh  di muka, bibir sebelah bawah, leher, lengan, kulit kepala, di belakang tangan dan telinga pada orang dengan berkulit cerah. 

Untuk sel karsinoma skuamus, pembedahan boleh dijalankan jika ketumbuhan boleh dibedah sepenuhnya atau alternatif lain seperti rawatan radioterapi.

Bagaimana cara untuk mengurangkan risiko kanser kulit
  • Cuba elakan terdedah kepada pancaran matahari pada waktu kadar UV yang tinggi dari pukul 9 pagi hingga 3 petang
  • Berlengan panjang serta memakai topi bila melakukan aktitiviti di bawah pancaran matahari
  • Guna Krim  seperti topical sunscreen  yang dapat menhalang pancaran UVA dan UVB sebaik-baiknya satu jam sebelum terdedah kepada pancaran matahari

.Semoga Bermanfaat

Khamis, 18 September 2014

Terbongkar-Kunyit Tidak Efektif Tanpa Lada Hitam

Bismillah,

Kunyit oh kunyit kenapa engkau kuning

Macamana aku tak kuning …saja nak buat manusia pening





Fakta yang sebelum ini tidak diketahui tentang bahan aktif curcurmin yang boleh didapati dari kunyit,rata-rata terdapat banyak perkongsian info tentang kebaikan bahan curcumin ini membantu manusia menyelesaikan berbagai-bagai masalah dari sekecil-kecil masalah selsema hingga masalah kronik seperi kanser.Banyak penemuan berguna juga telah didapati dari hasil penyelidikan oleh saintis hebat seluruh dunia namun jangan terkejut kalau saya katakan mak bidan dikampung saya dulu telah membuat penemuan ini tanpa bantuan makmal.Bagaimana mak bidan tau? Don't ask me...

Lazimnya mak bidan akan memberi minum air kunyit walaupun tanpa mengetahui fakta disebalik  bahan aktif curcumin namun apa yang menakjubkan,seingat saya bukan sahaja wanita dalam pantang selepas bersalin diberi minum air kunyit kosong malahan mak bidan ni campurkan sedikit lada hitam yang telah ditumbuk halus(zaman ni dikisar lah yer).

Akhirnya penemuan ini terbongkar apabila saintis mendapati bahan aktif curcumin yang didapati dari kunyit tidak bermanfaat KECUALI dicampurkan dengan bahan aktif piperine yang boleh didapati dari lada hitam.Ini bermaksud apabila seseorang wanita yang hanya meminum jus air kunyit biasa dengan mengharapkan khasiat bahan curcumin hanya meminum jus kunyit kosong tanpa khasiat ,namun tetapi  jika air kunyit tadi apabila dicampurkan dengan sedikit lada hitam,bahan aktif piperine dapat membantu “membuka” khasiat semulajadi curcumin dan boleh memberikan manfaat yang besar seperti yang banyak disebut tentang curcumin.Bagi ramai yang sudah tersilap boleh betulkan kaedah minum air kunyit ini,masih ada hari esok lagi ye...

Pengambilan jus kunyit dicampur sedikit lada hitam diyakini dapat membantu mengatasi masalah kanser awal,apabila curucmin yang aktif berupaya mematikan sel-sel tumor jauh sebelum ianya menjadi kanser.

Semoga bermanfaat..

Kan betul  apa yang saya kata pasal fakta ini,mak bidan powerrr!! Masya’Allah

Isnin, 8 September 2014

Memahami Istilah Bahasa Keputusan Papsmear

Bismillah,

Seperti yang kita sedia ketahui,beberapa jenis virus HPV hadir dalam 99.7 peratus kes kanser serviks. Walau bagaimanapun, tidak semua jangkitan HPV berkesudahan dengan kanser pangkal rahim.Terdapat banyak kes-kes HPV yang hilang dengan sendiri selepas 2-3 tahun berada di-kawasan sel serviks.

Lazimnya,ramai wanita tidak menyedari mereka telah di- jangkiti HPV sehingga menerima keputusan hasil dari saringan Pap smear yang tidak normal.

Sehingga artikel ini di-tulis,ujian lumuran pap atau papsmear yang dilakukan ramai wanita sebagai sebahagian daripada ujian berkala adalah antara satu-satunya ujian pengesanan awal yang terbaik bagi mencegah kanser serviks.



Namun masalah lain pula timbul, apabila semakin bertambah ramai wanita yang saya andaikan berperasaan sedih,keliru serta stress apabila diberitahu tentang keputusan ujian yang telah dilakukan terdapat sel abnormal.Ada juga di juga antara mereka yang langsung emailkan slip keputusan papsmear yang baru didapati mereka kepada saya, untuk meminta nasihat kedua(2nd opinion).

Semoga sedikit pencerahan ini bermanfaat menghilangkan perasaan keliru disebabkan ramai wanita yang tidak memahami istilah bahasa atau “science jargon” yang di-tulis oleh doktor pakar di-dalam slip keputusan papsmear.

Berikut adalah beberapa istilah yang biasa di-gunapakai oleh doktor pakar dan apa sebenarnya yang di-maksudkan:

Atypical Squamous Cell

Ianya membawa maksud bahawa sel abnormal mungkin kelihatan semasa Pap smear yang besar kemungkinan disebabkan oleh jangkitan. Sel-sel ini juga mungkin boleh berkembang menjadi kanser.

Dysplasia


Membawa maksud sel abnormal mungkin kelihatan semasa Pap smear. Dysplasia bukannya kanser namun tetapi terdapat risiko kecil ianya berkembang,walaupun tidak semestinya menjadi kanser serviks.

Jenis-jenis Dysplasia


Squamous Intraepithelial Lesion.(SIL)

Ini bermakna sel berbentuk leper dan nipis di permukaan luar serviks dikesan tidak normal. Seperti dysplasia, SIL terutamanya yang agak parah mungkin boleh berkembang menjadi kanser serviks peringkat awal.

Cervical Intraepithelial Neoplasia.(CIN)

Ini bermakna terdapat pertumbuhan yang tidak normal pada serviks. Perubahan tidak normal ini hanya berlaku pada permukaan paling luar serviks.

Carcinoma in situ (CIS)


Bermaksud ianya bukan kanser serviks dan merupakan salah satu bentuk SIL yang mengisyarakan sel yang berkemungkinan boleh berkembang menjadi kanser.Ianya terhad pada permukaan serviks dan belum masuk ke lapisan yang dalam.

Sekali lagi saya nasihatkan,papsmear adalah kaedah pengesanan awal dan terdapat beberapa lagi ujian dan penyiasatan perlu dilakukan oleh doktor pakar seperti copolscopi,biopsi dan lain-lain, bagi memastikan ianya adalah benar-benar sel kanser yang boleh mengakibatkan kanser serviks. Dari itu,memahami serba sedikit istilah dalam keputusan mungkin boleh membantu mengurangkan kekeliruan dan ketidakstabilan emosi.
Semoga Bermanfaat

Khamis, 4 September 2014

Suplemen Vitamin Berlebihan Memudaratkan

Bismillah,

Kehidupan seharian didalam sebuah negara yang sedang membangun,dengan gaya hidup yang semakin sibuk dan pantas telah membuatkan ramai,terutama sekali wanita mula mementingkan pengambilan vitamin,atau lebih dikenali sebagai makanan tambahan atau suplemen.Sebahagian daripada mereka menjadikannya sebagai satu keperluan dan mesti diambil setiap hari.

Saya tidak nafikan vitamin A, B, D, E dan K semua mampu memberi nutrien tambahan kepada tubuh.Ianya juga tidak membahayakan dan memberi kesan buruk kepada tubuh selagi diambil mengikut jumlah dan keperluan yang betul. 


Secara luarannya, mungkin pengambilan pil makanan tambahan ini dapat membantu menambah nutrien serta mengurangkan simptom membabitkan masalah kesihatan. Namun tetapi jika tubuh kita sudah cukup segala vitamin yang diperlukan adakah kita perlu menambah lagi?

Adakah ia sebenarnya selamat diambil setiap hari? 

Pengambilan suplemen yang banyak terdapat di pasaran boleh memudaratkan diri jika diambil secara keterlaluan dan membuta tuli.

Realitinya,“Vitamin A, D, E dan K yang kita harap memberi nutrient tambahan sebenarnya perlu dikawal pengambilan disebabkan ianya larut lemak, di mana ia akan terus berkumpul dalam tubuh dan apabila dihimpun dan dikumpul  boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan seperti gangguan saraf, buah pinggang, sakit kepala, tekanan darah tinggi, sembelit atau cirit-birit.Lebih bahaya lagi jika vitamin berlebihan yang diambil oleh wanita hamil,anak dalam kandungan mungkin berisiko cacat menurut laporan jurnal sains.

Sebenarnya hidangan biasa yang dimakan setiap hari pun sudah cukup mengandungi pelbagai nutrient.Pengambilan suplemen secara berlebihan hanya memudaratkan dan memberi kesan sampingan kepada sistem tubuh.

Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa kebaikan pengambilan suplemen hanya untuk kes-kes tertentu.Umpamanya,bagi kes-kes wanita yang mula menunjukkan tanda-tanda menopaus.Pengambilan suplemen berasaskan estrogen tumbuh-tubuhan amat digalakkan bagi membantu untuk mengurangkan simptom,kesan perubahan diri dan murung yang bakal dialami sebelum menopaus.

Bagi wanita yang terdedah kepada masalah kurang zat besi dalam tubuh dan keadaan akan lebih buruk apabila mereka mengalami pendarahan haid yang banyak.Pengambilan suplemen yang tinggi kandungan zat besi boleh membantu.Biasanya pakar hanya mengesyorkan pengambilan dalam jumlah kecil untuk mengantikan nutrien yang tidak mencukupi.Sementara bukti kajian mendapati pengambilan berlebihan vitamin C tidak memudaratkan disebabkan lebihannya boleh disalurkan menerusi sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh.

Apa yang membimbangkan,kini telah tumbuh bagai cendawan selepas hujan, ribuan pakar suplemen yang giat menutupi ruang-ruang media sosial dengan promosi suplemen sebagai rawatan kepada 1001 macam penyakit.Yang pasti kumpulan ini hanya menjalankan aktiviti yang telah diatur oleh ibupejabat syarikat (HQ) yang berteraskan industri dan gimik pemasaran pelbagai tingkat (MLM).Tujuanya tidak lain semata-mata untuk meraih keuntungan atas kebimbangan dan sikap masyarakat yang mula mengambil berat mengenai tahap kesihatan.

Apa yang lebih utama adalah memberi perhatian dalam penjagaan kesihatan secara normal seperti mengamalkan pemakanan seimbang, bersenam dan menjalani rawatan berkala di klinik atau hospital.

Secara jujur,setiap wanita perlu sedar dan memahami keperluan tubuh mereka sendiri. Diet yang seimbang disusuli senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu serta menjauhkan perkara yang memudaratkan seperti merokok dan minuman keras sudah cukup untuk kesihatan yang baik daripada suplemen yang kadangkala tidak diperlukan oleh tubuh.

Semoga Bermanfaat

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑