Selasa, 25 November 2014

Radang Pelvik – Punca Kemandulan Dan Terkini Kanser Serviks

kanser-serviks
Bismillah,
Saya pernah menulis satu artikel beberapa tahun dahulu tentang penyakit radang pelvik boleh menyebabkan kemandulan wanita.Dalam artikel tersebut saya telah menulis beberapa punca dan gejala serta cara pencegahan yang agak ringkas.Namun kali ini saya percaya ramai wanita yang telah mula menyedari betapa tinggi nilainya kesihatan dalam kehidupan di dunia ini jika tiada masalah kesuburan,kemandulan dan yang lebih digeruni adalah jangkitan virus hpv yang membawa kepada kanser serviks.

Saya merasakan tidak berlaku adil kepada wanita jika tidak menjelaskan sefaham mungkin perkara yang sebesar radang pelvik ini.Artikel yang saya tulis dahulu mugkin terlalu ringkas dan sambil lewa yang mana  entah difahami atau tidak poin dan mesej penting di dalam tulisan tersebut.Maafkan saya atas kegagalan dan kelemahan untuk mempermudahkan kefahaman pembaca.

Kali ini saya telah bertekad untuk menggali sehingga kepada “roots of the problem” dan menjangkakan ramai wanita yang pasti sudah bersedia menerima hakikat sebenar tentang masalah radang pelvik ini,dari mana asal permulaannya dan kemana sebenarnya wanita hendak dibawanya.

Kronologi penyakit radang pelvik

Dalam salah satu artikel yang juga pernah saya tulis pada tahun 2012 bertajuk dilema keputihan dikalangan remaja.Mesej penting yang ingin saya sampaikan dalam artikel tersebut adalah tentang kefahaman yang betul,penjagaan dan rawatan keputihan seawal usia remaja lagi.Beberapa poin penting seperti jangkitan vaginosis bakteria dan kulat candidiasis juga di sentuh sebagai punca dari ketidakseimbangan bakteria di dalam tubuh. Nasihat tentang penjagaan yang betul dan juga pengunaan pembersih peribadi yang mempunyai pH3.8-4.2, juga telah saya cadangkan di dalam artikel tersebut.Apabila dari usia remaja lagi jika telah ada persepsi yang salah,maka setelah meningkat dewasa dan berkahwin juga akan membawa budaya yang sama.

Setelah meningkat dewasa dan bekerjaya,masih  juga tetap membawa persepsi dan budaya yang salah tadi tentang keseimbangan bakteria.Dan apabila ini, ditambah pula dengan kemampuan kewangan setelah bekerja serta godaan banyak produk-produk yang menganggu keseimbangan bakteria pula mudah didapati dan banyak dijual dipasaran menjadikan keseimbangan semakin bertambah dari hari kehari.Malahan terdapat ramai juga remaja yang hobinya bertukar-tukar pasangan seksual tanpa menghiraukan tegahan agama serta komplikasi buruk yang bakal dialami di kemudian hari.Saya hampir pasti mereka tidak mengetahui apa sebenarnya bakal dihadapi jika masih terus berdegil.

Dari pengalaman selama bertahun-tahun menjawab masalah wanita melalui email,saya dapati ramai daripada golongan ini hanya akan mencari rawatan keputihan beberapa minggu sebelum melangsungkan perkahwinan.Mungkin mereka takut merasa malu jika ditegur oleh suami apabila bersama nanti di malam pertama.Jika itu sahaja niat dan tujuan dan bukan benar-benar ingin memberi penekanan 100% kepada nilai keseimbangan bakteria,di takuti rawatan sementara tadi hanya akan menjadi sia-sia belaka.

Mengharapkan ketidakseimbangan bakteria yang sudah bertahun-tahun lamanya dan ingin pulih dalam jangkamasa beberapa hari atau minggu adalah sesuatu keajaiban.Setelah berkahwin dan ada pendedahan seksual,masalah kecil sewaktu remaja dahulu boleh menjadi mimpi ngeri dan lebih malang lagi meninggalkan kecacatan organ reproduktif yang akan kekal seumur hidup.

Seandainya, mereka menyedari betapa ketidakseimbang bakteria boleh sampai membawa kepada ketidaksuburan,hamil diluar rahim,kecacatan pada bayi,kelahiran bayi pra matang dan yang paling ditakuti jangkitan virus hpv yang boleh membawa kepada barah serviks.Rasanya mahu sahaja semua produk kosmetik yang mahal diatas almari solek ditukar kepada produk,ubat atau makanan yang boleh membantu keseimbangan bakteria.

Terdapat ramai juga wanita pernah mengadu kepada saya,dengan nada kesedihan, menceritakan saat kegembiraan sementara yang pernah dikecapi sebelum akhirnya menerima hakikat bahawa dia sebenarnya hanya hamil di-luar rahim berpunca dari salpingitis atau  radang tiub fallopio.

Pembedahan terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan nyawa dan  doktor telah membuang salah satu dari talian hayat kesuburannya(tiub fallopio).Wanita yang dulunya seorang wanita yang lengkap,sehat dan subur kini kekurangan satu tiub dan menghadapi risiko ketidaksuburan atau susah hamil dimasa hadapan.Jika masih belum mahu berubah maka terpaksalah hadapi risiko kehilangan satu lagi talian hayat yang bakal mengesahkan kemandulan kekal.

Dunia gelap seketika baginya namun kekesalannya tidak tertanggung,hanya mampu menyebut perkataan kalau lah tahu lebih awal…..kalaulah saya menjaga keseimbangan bakteria…kalau lah saya tidak guna produk….kalau saya dengar nasihat doktor.Jutaan kalau sekalipun tidak akan dapat merubah apa yang telah berlaku.

Bermula hanya dari keputihan yang selalu dikatakan biasa dan tidak perlu dirawat dari usia remaja dan kesan jangka panjang ketidakseimbangan bakteria dari penjagaan tidak sempurna.Kini telah menjadi pemangkin kepada pelbagai jenis penyakit kelamin dan vaginosis bakteria (BV) menyeberangi serviks mengakibatkan keradangan pada saluran bahagian atas organ reproduktif wanita, termasuk struktur tiub,uterus, ovari, dan fallopio yang dikenali sebagai radang pelvik atau PID.

Hubungan antara radang pelvis dan kemandulan

Radang pelvik boleh menyebabkan kemandulan disebabkan oleh proses parut yang berlaku semasa penyembuhan penyakit jangkitan kelamin.Apabila parut yang besar,akhirnya menutup satu atau kedua-dua tiub fallopio, agak mustahil untuk sperma mencapai telur, ataupun  jika sperma boleh mendapatkan telur yang disenyawakan  berkemungkinan tipis untuk sampai ke rahim pula.Kecenderungan parut untuk menjadi lebih besar adalah dikalangan wanita yang lebih tua, perokok dan wanita menggunakan IUCD.

Apakah tanda-tanda radang pelvik?

  • Sakit di bahagian abdomen dan pelvik bahagian bawah
  • Haid yang tidak teratur
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Sakit ketika membuang air kecil
  • Sakit belakang bahagian bawah
  • Keputihan berlebihan dengan bau yang busuk
  • Demam, keletihan, cirit-birit, muntah-muntah, dan tanda-tanda umum yang lain .
Benar kah ada kaitan radang pelvik dan kanser serviks?

Satu kajian telah dilakukan oleh penyelidik dari jabatan O&G di Gyula Kenezy,Hospital Debrecen,Hungary,bertujuan untuk menentukan hubungan antara PID dan HPV dan menilai peranan faktor risiko PID untuk kanser serviks.

Dua kumpulan pesakit telah dikaji dimana kumpulan pertama 2,215 peserta wanita dengan PID; dan kumpulan kedua 4,217 peserta wanita yang mengambil bahagian dalam program saringan kanser pangkal rahim.

Keputusan mendapati,terdapat kelaziman HPV adalah 33.74% pada pesakit dengan PID dan 26.40%  dalam kumpulan wanita tanpa PID. Ini membuktikan bahawa pesakit yang mengidap PID mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser serviks
.
Kalau dulu kita hanya mengetahui radang pelvik boleh menyebabkan kemandulan,namun kini kita dikejutkan pula oleh berita tentang kajian baru yang mendapati radang pelvik juga berpotensi untuk membawa kepada kanser serviks yang sangat ditakuti oleh semua wanita di seluruh dunia.

Fikir-fikirkan dan timbang-timbangkan risiko yang bakal ditanggung oleh wanita jika masih juga tidak mahu menyedari hakikat sebenar tentang kesan jangka panjang ketidak seimbangan bakteria ini.Dari asal yang bermula dengan keputihan biasa sehinggakan berkembang menjadi radang pelvik penyebab kemandulan dan akhir sekali barah serviks yang mampu meragut kebahgiaan dan kemanisan hidup di dunia,sementara maut boleh di hitung dengan jari.Mahukah kita menjadi wanita yang tersangat malang,hilang kesuburan jadi kemandulan dan akhirnya maut disebabkan kanser serviks?

Nasihat saya sekali lagi,mungkin sedikit pelaburan masa dan ilmu penjagaan tubuh wanita dapat dijadikan sebagai penyelamat.Selalu ingat pada Allah swt dan selalu juga ingat pada amanah menjaga tubuh badan dan kebersihan yang diamanahkan kepada kita sebagai hambaNya.InsyaaAllah

Semoga Bermanfaat

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑