Isnin, 21 Mac 2016

Jangkitan Yis Faraj Menghalang Kehamilan?

Bismillah,

Jangkitan yis faraj adalah jangkitan yang disebabkan oleh pertumbuhan yang terlalu cepat yis, iaitu sejenis kulat.Ianya juga dikenali sebagai vaginitis candida atau kandidiasis vulvovaginal.Jangkitan yis yang paling sering berlaku disebabkan oleh kulat jenis candida albicans.

Adakalanya,jangkitan boleh disebabkan oleh spesies candida lain, termasuk C. glabrata, C. parapsilosis, C. Tropicalis  dan C. krusei.

Menurut satu artikel 2007 dalam jurnal perubatan The Lancet.Tujuh puluh lima peratus wanita akan mengalami jangkitan yis faraj sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka, dan empat puluh hingga lima puluh peratus wanita pula akan mengalami lebih daripada sekali.

Sejak dari dulu lagi,saya tidak pernah bersetuju dengan pendapat ramai pakar tentang keputihan seperti jangkitan kulat candida adalah satu perkara biasa.Lebih-lebih lagi apabila seseorang wanita itu merancang untuk hamil(TTC).

Malahan kedudukan terkini, kajian telah berjaya membuktikan kulat candida bukan sekadar perlu dirawat malah lebih parah dari apa yang saya jangkakan sebelum ini.
Kulat candida kini didapati berpotensi untuk membunuh apabila dibiarkan tanpa rawatan,akan meresap masuk kedalam tisu dan akhirnya saluran darah.

Jangkitan kulat candida yang berulang kali juga boleh menyebabkan flora dalaman faraj menjadi tidak seimbang ,ini menyukarkan untuk sperma mencapai uterus bagi tujuan pensenyawaan.

Walaupun sperma sebenarnya tidak terbunuh oleh kulat candida, tetapi jangkitan kulat didapati boleh mengubah konsistensi mukus servik yang membuatnya keadaan lebih sukar untuk sperma mencapai pembukaan servik.

Walaupun tidak semua wanita akan mengalami masalah ini ,namun terdapat banyak juga kes-kes “unexplained fertility “ berjaya hamil setelah jangkitan kulat candida dirawat dan secara tidak langsung mengembalikan keseimbangan flora didalam faraj.

Semoga Bermanfaat

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑